Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad O’Neil sedia singkir La Nati

    LONDON, 9 Nov – Pengendali Ireland Utara Michael O’Neill berkata pasukannya sedia memanfaatkan peluang untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986 ketika anak buahnya kini bersiap sedia untuk menghadapi aksi play-off menentang Switzerland, awal pagi esok.

    “Saya lihat skuad kali ini ada peluang dan mereka tidak mahu mensia-siakannya.

    “Mereka sudah lakukan segala-galanya dan saya fikir mereka akan sekali lagi lakukan perkara sama dalam dua perlawanan selepas ini.

    “Pemain memiliki banyak pengalaman. Satu perkara yang saya mahu katakan adalah jangan takut dengan situasi dan jangan ada penyesalan di kemudian hari.

    “Kami semua tahu hasilnya cukup menggembirakan dan apa maknanya buat semua di Ireland Utara, pemain, kakitangan pasukan dan juga Persatuan Bolasepak Ireland,” katanya. – AFP

    Skuad Ireland Utara perlu menempuh play-off untuk menempah tempat pada final Piala Dunia di Rusia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda