Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Skuad Penyu enggan keciciran mata

    KUALA NERUS, 26 JULAI – Terengganu FC (TFC) tidak rela keciciran mata apabila bertandang ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi berdepan Negeri Sembilan FC malam esok.

    Menurut jurulatih TFC, Nafuzi Zain, beliau mengakui keputusan perlawanan di gelanggang lawan seringkali tidak memihak kepada skuad Penyu meskipun corak permainan yang diperagakan anak buahnya baik dan memuaskan.

    “Tidak seperti bermain di laman sendiri, kita (TFC) hilang banyak mata apabila bertandang ke tempat lawan seperti di Sabah, Pulau Pinang, Johor Bahru dan hal ini kita perlu lebih waspada.

    “Dari segi prestasi, tidak ada masalah kerana kita bermain sama sahaja di tempat sendiri. Cuma kita banyak lakukan kesilapan mudah dan sentuhan penyudah kurang di situ yang menyebabkan kita dihukum dengan kekalahan,” katanya ketika ditemui semalam.

    Pengendali kelahiran Kelantan yang sudah tiga musim bersama TFC itu turut mengingatkan anak buahnya supaya lebih fokus dan berusaha gigih bagi memastikan misi membawa pulang tiga mata tercapai.

    Pada masa sama, Nafuzi juga melahirkan kerisauan kerana ramai pemainnya masih dibelenggu keletihan dan kecederaan selepas aksi suku akhir Piala FA menentang Kuching City FC pada Sabtu lepas.

    “Mungkin ada rombakan kecil terhadap skuad utama malam esok kerana ramai pemain seperti Habib Haroon, Manuel Ott dan Suhaimi masih lagi cedera dan tidak sihat selepas perlawanan menentang NSFC tempoh hari,” katanya.

    Sementara itu, penyerang import kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche berazam untuk mengulangi pencapaiannya meledak dua gol ketika membantu TFC menewaskan Kuching City FC 4 -1.

    Katanya, skuad Penyu perlu membawa pulang tiga mata bagi membolehkan mereka melonjak kepada kedudukan lebih baik di Liga Super. – Bernama

    Aksi pemain Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre (dua, kiri) berjaya melepasi penjaga gol pasukan Kuching City FC, Mohd Iqbal Mohd Shimi untuk menjaringkan gol pada aksi suku akhir Piala FA 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 23 Julai 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...