Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Skuad petanque M’sia tetap ke Hanoi

    SEPANG, 11 MEI – Meskipun status penyertaan beraksi pada Sukan SEA ke-31 masih menjadi tanda tanya rentetan permainan politik di peringkat pengurusan, perkara itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat skuad petanque Malaysia untuk tetap berangkat ke Hanoi, Vietnam kelmarin.

    Jurulatih skuad petanque Malaysia, Syed Ali Syed Akil berkata beliau dan semua lima atlet sedia ada mengharapkan terdapat keajaiban berlaku berhubung penyertaan mereka pada temasya sukan dwitahunan itu.  Syed Ali berkata sejurus tiba, skuad kendaliannya akan dibawa melawat gelanggang petanque di sana bagi membuat penyesuaian tempat pertandingan.

    Sementara itu, atlet petanque lelaki Malaysia, Syed Akmal Sy Ali berkata beliau bersama atlet lain telah membuat persiapan dari sudut mental dalam menghadapi sebarang kemungkinan sama ada dibenarkan untuk bertanding atau sebaliknya.

    Baru-baru ini, skuad petanque Malaysia dilaporkan tidak disenarai dalam saingan Sukan SEA kali ini rentetan permainan politik di peringkat pengurusan sehingga merencatkan sasaran pingat kontinjen Malaysia.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...