Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Skuad ping pong wanita Malaysia terlepas peluang cipta sejarah

    PHNOM PENH, 11 MEI – Malaysia terlepas peluang untuk mencipta sejarah dalam acara ping pong berpasukan wanita pada Sukan SEA 2023 apabila tumpas di pentas final kepada juara bertahan Thailand 0-3 di Dewan Ping Pong Morodok, hari ini.

    Namun, pujian harus diberikan kepada skuad Malaysia yang dibarisi Karen Lyne (gambar-Bernama), Alice Chang dan Tee Ai Xin yang melakar kejutan apabila berjaya mara ke perlawanan akhir selepas 30 tahun dalam acara berkenaan pada temasya kali ini.

    Kali terakhir pasukan wanita Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir adalah pada edisi 1993 di Singapura, dan meraih pingat perak.

    Malaysia tidak pernah mengungguli acara berkenaan sepanjang acara itu dipertandingkan pada dwitahunan tersebut.

    Pada saingan hari ini, Karen yang turun selaku pemain pertama tumpas kepada Suthasini Sawettabut 5-11, 9-11, 9-11.

    Ketinggalan satu perlawanan, penampilan membanggakan Alice Chang bagaimanapun belum cukup untuk menyamakan kedudukan apabila tumpas kepada pemenang pingat emas perseorangan wanita edisi lepas di Hanoi, Vietnam Orawan Paranang dengan keputusan 11-5, 6-11, 6-11, 11-8, 9-11.

    Percubaan Tee untuk mengheret ke perlawanan seterusnya turut gagal apabila kecundang kepada Jinnipa Sawattabut 2-11, 8-11, 7-11.

    Kejayaan meraih pingat perak itu, bagaimanapun memperbaiki pencapaian di Hanoi apabila skuad Malaysia pulang dengan gangsa.

    Sementara itu, Ketua Jurulatih skuad Malaysia, Beh Lee Wei memuji anak buahnya yang mempamerkan prestasi membanggakan walaupun gagal membawa pulang pingat emas.

    Beliau mengakui pemain negara beraksi dalam keadaan tertekan kerana ia kali pertama mereka bersaing di perlawanan akhir pada temasya dwitahunan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...