Skuad tabuan kempunan

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan berangkat menyaksikan perlawanan timbal balik persaingan Peringkat Kelayakan Pusingan 1, Piala Dunia FIFA 2022 Qatar dan Piala Asia AFC 2023 antara Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam menentang Pasukan Mongolia kelmarin. Turut berangkat ialah
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kempunan untuk mara ke pusingan seterusnya apabila tewas 3-2 menerusi agregat, meskipun berjaya menewaskan Pasukan Mongolia dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan timbal balik persaingan Peringkat Kelayakan Pusingan 1, Piala Dunia FIFA 2022 Qatar dan Piala Asia AFC 2023 malam tadi. (Klik di sini untuk cerita lanjut)