Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Skuad terjun M’sia intai lapan pingat emas di Vietnam

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – Tugas mencabar menanti barisan penerjun Malaysia apabila disasarkan menyapu bersih kesemua lapan pingat emas dipertandingkan, dalam acara terjun pada Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung 12-23 Mei ini.

    Sasaran itu dikongsikan pembantu jurulatih skuad terjun kebangsaan Datuk Leong Mun Yee, susulan kejayaan barisan penerjun Malaysia menggondol kesemua empat pingat emas, yang ditawarkan pada edisi 2019 di Filipina.

    “Di Vietnam ada acara yang lebih (berbanding edisi 2019) iaitu sebanyak lapan acara, sasaran kita memang untuk dapatkan lapan pingat emas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 di sini.

    Mun Yee yang bakal memulakan tugasnya secara rasmi sebagai pembantu jurulatih pada 1 April ini merasakan daripada lapan acara tersebut, acara 10 meter (m) platform seirama wanita paling dilihat tidak berdepan masalah, menghadiahkan kilauan emas.

    Bekas atlet terjun Malaysia berusia 37 tahun itu yang mengumumkan persaraannya hujung tahun lepas pada masa sama berkata setakat ini, persediaan pasukan negara menjelang temasya dwitahunan itu berjalan lancar.

    Lapan acara dipertandingkan pada Sukan SEA Hanoi adalah 10m platform seirama lelaki dan wanita; 3m papan anjal seirama lelaki dan wanita; 3m papan anjal individu lelaki dan wanita serta 1m papan anjal individu lelaki dan wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...