Slimani penyelamat The Foxes

LEICESTER, United Kingdom, 1 Jan – Juara Liga Perdana, Leicester City meredakan ketakutan penyingkiran mereka ketika tandukan gol dari Islam Slimani memberikan mereka kemenangan 1-0 yang begitu diperlukan ke atas West Ham semalam.

Dikuatkan dengan aksi Riyad Mahrez, Robert Huth dan Danny Drinkwater, Leicester melihat setiap inci pasukan yang menewaskan Manchester City hanya beberapa minggu lalu dalam salah satu mata tertinggi bagi Foxes musim ini.

Pasukan kendalian Claudio Ranieri itu sekarang akan berkunjung ke Middlesbrough esok untuk berusaha keluar dari tiga tangga tercorot sementara pasukan West Ham kendalian Slaven Bilic akan menghoskan pasukan Manchester United.

Pasukan tuan rumah dengan mudah boleh menghasilkan beberapa jaringan dalam permainan pantas dan hanya dinafikan oleh persembahan penjaga gawang dari Darren Randolph dari West Ham dan tiang gol.

Randolph bekerja keras dalam menepis rembatan kaki kiri Mahrez yang melepasi palang berikutan pergerakan menarik Leicester.

Slimani (kiri) ketika menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United di Stadium King Power, Leicester, England, semalam. – AP
Slimani (kiri) ketika menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United di Stadium King Power, Leicester, England, semalam. – AP

Seminit kemudian, Marc Albrighton menewaskan Dimtri Payet dan membuat hantaran lintang yang mana Slimani tidak dikawal membuat tandukan yang menggegarkan palang.

Ancaman yang jarang diterima bagi Leicester menyusul apabila bola Aaron Cresswell dari kanan menyaksikan Wes Morgan mengeluarkan bola tepat kepada Michail Antonio. Pemain sayap itu terpaksa meluru dan rembatannya melepasi palang.

Apa yang dilihat menjadi gol kemenangan tiba pada minit ke-20 apabila Albrighton menghasilkan hantaran lintang cantik dan Slimani melakukan tandukan menjunam yang kencang menewaskan Randolph dan menerjah jaring.

Kedudukan hampir menjadi 2-0 beberapa ketika apabila hantaran lintang dari sudut kiri menerusi Demarai Gray ke gawang gol sendiri oleh Angelo Ogbonna yang mana dapat dihalang Randolph dengan lutut kiri pada jarak dekat.

Claudio Ranieri percaya Leicester City mampu menampung ketiadaan tonggak, Islam Slimani yang akan mengharungi kempen Piala Negara-Negara Afrika sekalipun peledak Algeria itu memainkan peranan penting ketika menewaskan West Ham, awal pagi tadi.

Slimani yang dibeli dengan rekod STG30 juta dan muncul pemain termahal kelab itu menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 tuan rumah ke atas West Ham sebelum terpaksa diketepikan selepas kunjungan Leicester ke Middlesbrough, esok.

Selain Slimani, rakan senegaranya, Riyad Mahrez juga terpaksa meninggalkan kelab itu untuk tempoh sebulan namun Ranieri akan memperoleh kembali penyerang berbisanya, Jamie Vardy selepas aksi dengan Middlesbrough.

Claudio ketika meraikan kemenangan selepas wisel penamat perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Leicester City menentang West Ham United semalam. Ranieri mengulas tandukan Slimani sebagai ‘karya agung.’ – AP
Claudio ketika meraikan kemenangan selepas wisel penamat perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Leicester City menentang West Ham United semalam. Ranieri mengulas tandukan Slimani sebagai ‘karya agung.’ – AP

Sambil mengakui penyandang juara Inggeris itu tidak akan dihimpit masalah dengan ketiadaan Slimani, pengurus kelahiran Itali itu mengakui bekas penyerang Sporting Lisbon itu berterusan menampilkan peningkatan.

“Kini Vardy sudah kembali, saya juga memiliki Leonardo Ulloa, saya punya Shinji Okazaki dan saya mempunyai beberapa pemain yang bagus dan saya amat tenang dan yakin dengan semua pemain saya,” kata Ranieri.

“Sudah tentu Slimani boleh meningkat. Apabila seseorang tiba dari negara lain, ia bukan mudah dan sesetengah pemain memerlukan enam ke tujuh bulan malah setahun untuk mengadaptasi atmosfera bola sepak Inggeris.

“Dia sudah menjaringkan enam gol dan bagus untuk kami namun kami perlu menjadikannya lebih baik kerana dia mempunyai kualiti yang amat baik, jadi kadang-kala dia melakukan kesilapan kerana amat penat.” Mengulas gol kemenangan Slimani menerusi tandukan, Ranieri menggelarnya sebagai ‘karya agung.’

“Apabila bola tiba menerusi hantaran, Slimani jelas menakjubkan. Kami hanya perlu terus menghantar bola kepadanya,” katanya yang tetap mengakui 2016 sebagai tahun yang istimewa buat sesiapa saja di dalam pasukan itu termasuk peminat. – AFP