LONDON, 30 OKT – Bos Liverpool, Arne Slot menyatakan kelmarin bahawa Erik ten Hag akan kembali ke ‘kelab besar’ sekali lagi walaupun dipecat oleh Manchester United.
Tempoh dua tahun Ten Hag sebagai pengurus United berakhir pada Isnin lalu dengan pasukan gergasi itu berada bawah di tangga ke-14 berikutan kekalahan 2-1 kepada West Ham hujung minggu lalu.
Pasukan Slot pula telah menambah tekanan kepada Ten Hag dengan kemenangan Liverpool 3-0 di Old Trafford pada September lalu.
Namun di sebalik persaingan sengit antara Liverpool dan United, bos The Reds itu bersimpati apabila diminta mengulas mengenai Ten Hag semasa sidang akhbar pra-perlawanan pada hari Selasa menjelang perlawanan Liverpool bertemu Brighton.
“Dia pengurus yang menyukarkan saya,” kata Slot. “Kenangan kekal bersamanya. Kami semua dalam tugas ini jadi kami tahu ia boleh berlaku.
“Saya kenal dia sedikit sebanyak dan saya tahu berapa banyak kerja yang dia telah lakukan. Baginya, sudah tentu kasihan. Tetapi kita juga tahu sejauh mana prestasinya di Ajax dan dia pernah memenangi dua trofi (Piala Liga dan Piala FA) di sini. Saya rasa kita akan jumpa dia di kelab besar lagi,” ujar Slot. – AFP