LJUBLJANA, 13 NOV – Rakyat Slovenia keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya yang dijangka memilih presiden wanita pertama negara – seorang peguam yang dikaitkan dengan bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS) Melania Trump.
Natasa Pirc Musar, disokong kerajaan berhaluan kiri, akan bertanding menentang bekas menteri luar Anze Logar, veteran politik konservatif, di negara Kesatuan Eropah yang mempunyai dua juta penduduk.
Seorang peguam, Pirc Musar digaji untuk melindungi Melania Trump semasa suaminya menjadi presiden, menghalang syarikat yang cuba memperdagangkan produk menggunakan namanya.
Beliau diramalkan memenangi lebih daripada 50 peratus undi, di depan Logar yang dijangka mendapat antara 44 dan 49 peratus, menurut tinjauan terbaharu. Pirc Musar, yang mengetuai pihak berkuasa perlindungan data negara selama satu dekad, berkata kemenangannya akan menjadikan beliau ‘suara wanita’ di Slovenia dan luar negara. – AFP
