
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Sekolah Menengah (SM) Rimba II muncul juara dalam kedua-dua kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun di dalam Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Kluster 4 2018 yang menutup tirainya hari ini.
Dalam perlawanan akhir Kategori B iaitu bawah 15 tahun, Pasukan SM Rimba II menum-paskan Pasukan SM Sultan Sharif Ali dengan jaringan 22-7, manakala Pasukan SM Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang menang ke atas Pasukan SM Rimba dengan ja-ringan 14 -3 menduduki tempat ketiga. (Klik di sini untuk cerita lanjut)