Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    SM SMJA rai pelajar cemerlang O Level

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) telah meraikan para pelajar cemerlang dalam peperiksaan BC GCE O Level tahun 2021 pada majlis yang berlangsung di Dewan Maktab SOAS, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Pengajian dan Anugerah Akademik BC GCE O Level Tahun 2021 itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM SMJA, Awang Mohd Riduanizam bin Mat Umar.

    Timbalan Pengetua (Bahagian Akademik) SM SMJA, Dayang Paridah binti Haji Bayong dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa walaupun pihak sekolah belum berjaya mencapai sasaran sebanyak 60 peratus untuk lima kredit dan ke atas, akan tetapi sekolah tersebut tetap berbangga dengan adanya kualiti yang sangat membanggakan meskipun peperiksaan bertulis O Level tidak dapat dijalankan dan diganti dengan School Assessed Grade (SAG).

    Beliau turut mengongsikan bahawa seorang pelajar SM SMJA telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2021 yang diadakan baru-baru ini, iaitu acara berprestij di peringkat negara untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam.

    “Alhamduillah setiap tahun ada pelajar SM SMJA dicalonkan untuk menerima anugerah tersebut dan ini menunjukkan adanya kualiti pengajaran dan pembelajaran yang sangat tinggi,” katanya.

    Pada majlis tersebut, pelbagai anugerah dan sijil telah di-sampaikan kepada para pelajar dan guru-guru.

    Antaranya Sijil Tamat Pengajian di SM SMJA kepada 90 pelajar yang berjaya mendapat lima kredit dan ke atas, Anugerah Pelajar Cemerlang kepada 26 pelajar yang mendapat lapan kredit penuh, Anugerah Galakan Penuntut Zon Hijau kepada 44 orang penerima, Anugerah Pelajar Cemerlang A* kepada 28 orang, seorang pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan; dan Anugerah insentif kepada guru-guru yang berjaya meningkatkan peratus keputusan O Level dalam subjek masing-masing.

    Anugerah-anugerah dan sijil tersebut disampaikan oleh Dayang Paridah.

    Terdahulu, majlis tersebut juga diserikan dengan tayangan video para pelajar di sepanjang pembelajaran mereka di SM SMJA, dan persembahan Tausyeh oleh Kelab CCA sekolah tersebut.

    Dayang Paridah menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar dalam majlis yang berlangsung di Dewan Maktab SOAS, kelmarin.
    Antara pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...