Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SM Sultan Hassan catat kemasukan 135 penuntut

    Oleh Ampuan Irma Susanti

     

    TEMBURONG, 5 Jan – Seramai 135 orang penuntut telah mendaftar untuk mengikuti sesi pembelajaran Tahun 7 di Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar, Daerah Temburong pada tahun ini.

    Sesi pendaftaran penuntut baru berkenaan telah berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong di sini, hari ini, di mana para penuntut yang baru memasuki alam persekolahan menengah berkenaan turut ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka sekali gus mendengarkan taklimat-taklimat yang disampaikan oleh pihak sekolah.

    Antara taklimat yang disampaikan adalah mengenai peraturan sekolah, misi dan visi sekolah, sistem pembelajaran dan sebagainya daripada empat bahagian iaitu pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar dan kewangan.

    Para ibu bapa ketika mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah tersebut.
    Para ibu bapa ketika mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

    Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’, nyanyian lagu rasmi sekolah dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Sekolah, Awang Abdul Wafi Sia bin Abdullah Sia.

    Dalam ucapannya itu, beliau berharap para penuntut akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di samping menjalani pembelajaran mereka di sekolah tersebut dengan baik dan maju jaya serta sentiasa mengikuti peraturan sekolah dari semasa ke semasa.

    Para penuntut dibahagikan kepada empat kelas dan akan menjalani sesi orientasi selama tiga hari yang akan dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekolah tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda