Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Smart mungkin terlepas aksi bertemu heat

    LOS ANGELES, 17 MEI – Tahap kecergasan bintang Boston Celtics, Marcus Smart masih belum diketahui menjelang pertemuan play-off NBA Eastern Conference menentang Miami Heat selepas mengalami kecederaan kaki, kata jurulatih Ime Udoka kelmarin.

    “Smart disahkan terseliuh di bahagian tengah kaki selepas mendarat teruk semasa kemenangan Ahad lalu ke atas Milwaukee Bucks dan dipersoalkan untuk perlawanan pertama,” jelas Udoka kepada pemberita.

    Smart merupakan pemain penting dalam kepulangan Celtics ke pusingan akhir Conference dan menjaringkan 11 mata dengan 10 assists serta tujuh rebounds dalam kekalahan 109-81 Ahad lalu ke atas Bucks.

    Dalam pada itu, terdapat terdapat berita baik mengenai kecergasaan Rob Williams, di mana Udoka berkata pemain itu akan bersedia untuk bermain semula berikutan kecederaan yang dialaminya pada lutut kirinya yang baru pulih.

    Kepulangan Williams telah diuruskan dengan teliti oleh pasukan Celtics selepas pemain berusia 24 tahun itu menjalani pembedahan lutut kiri pada penghujung musim. – AFP

    Pemain bintang Boston Celtics, Marcus Smart, masih tidak diketahui mampu untuk bermain di perlawanan pembukaan Celtics menentang Heat nanti. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...