Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Smart: Saya bukan ‘pemain kotor’

    SAN FRANCISCO, 17 MAC – Pemain Bolton Celtics Marcus Smart berkata dia bukan ‘pemain kotor’ selepas perlanggaran dengan Steph Curry semalam yang menyebabkan bintang Golden State Warriors itu mengalami kecederaan.

    Curry meninggalkan perlawanan di San Francisco dalam suku kedua selepas Smart menerpa untuk mendapatkan bola dan jatuh menghempap kaki kiri pemain Golden State itu.

    Curry sedang menjalani imbasan MRI di kakinya selepas kekalahan Warriors 110-88 untuk menilai kecederaannya.

    Kejadian itu – yang menyaksikan jurulatih Warriors Steve Kerr memprotes dengan Smart di gelanggang – mendominasi perbincangan selepas perlawanan berakhir.

    Kerr menyifatkan perbuatan Smart sebagai ‘permainan amat berbahaya.’

    “Saya fikir Marcus menerpa ke arah lutut Steph dan itulah yang membuat saya rasa susah hati,” kata Kerr.

    “Saya amat menghormati Marcus, dia seorang pemain bagus. Saya membimbingnya dalam perlawanan Piala Dunia beberapa musim lalu. Kami bercakap selepas perlawanan, kami tidak ada apa-apa persengketaan.

    “Namun saya fikir ia merupakan permainan berbahaya dan saya memberitahunya.”

    Smart berkata dia faham kritikan Kerr, tetapi menegaskan dia tidak sekali-kali secara sengaja akan ‘mencederakan seorang rakan pemain profesional.

    “Kerr sedang melakukan apa yang mana-mana jurulatih atau individu akan lakukan dan ia adalah menyokong pemainnya,” kata Smart.

    “Saya dan Steve mempunyai persahabatan daripada bola keranjang AS, maka dia tahu saya tidak akan sekali-kali cuba mencederakan sesiapa. Saya benci melihat sebarang kecederaan. Saya harap Steph tidak apa-apa.

    “Saya tidak melihatnya, hanya menerpa pada bola dan cuba meneruskan permainan. Saya benar-benar berasa sedih mengenai kejadian ini.”

    Smart menambah: “Saya tahu siapa diri saya, rakan sepasukan saya dan rakan sekerja saya tahu saya bukan pemain kotor.

    “Malangnya kadangkala kecederaan berlaku. Saya yakin saya akan digelar kotor. Itulah pendapat mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...