BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – Atas usaha Badan Pergerakan Mahasiswa Mahasiswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial (bpmFASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengumpul dana untuk SMARTER Brunei dalam acara ‘Breaking the Habit’ yang diadakan pada 6 Februari lalu, mereka telah berjaya meraih lebih $900.
Majlis penyampaian dana yang diadakan di Pusat Autisme Brunei bagi Orang Dewasa (BACA GIFT), kelmarin, telah diterima oleh Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman.
Menurut kenyataan, dana sebanyak $978.71 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada jualan bpmFASS dan usaha mereka membantu menjual Biskut SMARTER sebanyak $185.
Sementara itu, sebagai sokongan mereka kepada SMARTER Brunei, bpmFASS juga akan membantu jualan garaj di pusat itu nanti pada 26 Februari bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.
