Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    SMARTER Brunei terima sumbangan, anjur aktiviti

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan SMARTER Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Perkhidmatan penghantaran makanan di Brunei, GoMamam telah menyerahkan sumbangan berjumlah $2,000 kepada Persatuan SMARTER Brunei pada majlis yang berlangsung di SMARTER EDGE, Mata-Mata, kelmarin.

    Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada kempen yang dianjurkan GoMamam pada April lalu untuk menyokong organisasi yang dikendalikan oleh sebuah keluarga, selain untuk memperingati Bulan Kesedaran Autisme yang disambut secara global setiap tahun.

    Seiring dengan itu, Restoran Pelangi dan Hungry Hippo juga telah menaja baucar dan set bento yang disampaikan dalam bentuk beg hadiah untuk SMARTER Brunei.

    Hadir pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER Brunei, Dayang Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah; Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang; pengasas bersama dan Ketua Pegawai Kewangan GoMamam, Awang Abdul Hadi bin Haji Adanan, dan Ketua Pegawai Operasi GoMamam, Awang Buniyamin bin Rambli.

    Selepas penyampaian cek sumba-ngan dan beg hadiah sebagai tanda penghargaan GoMamam kepada SMARTER Brunei, kakitangan GoMamam dan SMARTER Brunei turut menjalankan aktiviti dan sesi permainan yang menarik untuk para pelajar.

    Ia termasuk aktiviti mewarna, musical chair dan relay di mana kakitangan GoMamam dapat berinteraksi dan membantu pelajar selain mewujudkan pemahaman yang lebih baik terhadap individu autisme.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian beg hadiah kepada semua kakitangan dan pelajar SMARTER Brunei.

    Acara tersebut memulakan ikrar GoMamam untuk altruisme korporat dalam semua aspek operasinya.

    Dayang Sharifah Adila Surya, Pengiran Zamri, Awang Abdul Hadi dan Awang Buniyamin semasa majlis penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung di SMARTER EDGE.
    Pelajar SMARTER ketika dibantu oleh kakitangan GoMamam dan SMARTER Brunei semasa mereka mengikuti aktiviti dan sesi permainan menarik pada majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMARTER Edge, Mata-mata, kelmarin. – Gambar serahan SMARTER Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...