Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    SMARTER terima sumbangan produk F&N

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – F&N Brunei telah menyumbangkan pelbagai produk F&N kepada Persatuan Pengurusan Isu Berkaitan Autisme dalam Latihan, Pendidikan dan Sumber (SMARTER) Brunei pada majlis yang berlangsung di SMARTER EDGE Centre di Mata-Mata, hari ini.

    Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Location in Charge, Belinda Lau Jia Jen kepada Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) F&N Brunei.

    Menurut Belinda, “CSR adalah sesuatu yang kami cuba lakukan sekurang-kurangnya sekali setahun dan kami memilih SMARTER pada tahun ini sebagai penghargaan kami dan pada masa yang sama untuk menggalakkan orang lain tampil dan menyokong usaha yang telah disediakan SMARTER untuk kanak-kanak autisme di negara ini.

    “Kami faham untuk menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan seperti SMARTER tentu saja banyak cabaran yang dihadapi dan sebab itu kami tampil untuk memberi sumbangan berupa air mineral dan minuman produk kami sebagai usaha menyokong keseluruhan organisasi serta kanak-kanak autistik,” tambahnya.

    Belinda Lau Jia Jen dan Pengiran Zamri bergambar ramai pada majlis itu. – Gambar oleh Adib Noor
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...