Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SMES bantu 35 keluarga kurang bernasib baik di Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 21 APRIL – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunannya untuk membantu keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Belait sekali gus menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan ini, Suasana Mentari Engineering Services Sdn Bhd (SMES) telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada 35 buah keluarga, kelmarin.

    Hadir pada majlis penyampaian sumbangan di pejabat utamanya di Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait itu ialah Pengarah Urusan SMES, Awang Yusuf bin Haji Othman dan Ketua Pengarah Eksekutif SMES, Kelvin Kong. Turut hadir ialah Posh Qifly yang telah memberikan sokongan dengan mencari dan membantu mereka yang memerlukan.

    Pada majlis itu, setiap keluarga berkenaan menerima sumbangan $300 dan beg sumbangan.

    Kelvin Kong ketika ditemui berkata, sebelum ini syarikat berkenaan bukan sahaja mengadakan penyampaian sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik, malah menganjurkan majlis bersungkai bersama di bulan Ramadan.

    Namun disebabkan pandemik, tambah beliau, syarikat berkenaan memutuskan untuk membatalkan perkumpulan berkenaan, sebaliknya membantu lebih banyak keluarga kurang bernasib baik pada tahun ini.

    Awang Yusuf, Kelvin Kong dan kakitangan SMES bergambar ramai bersama wakil keluarga yang menerima sumbangan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...