Smith berang, Citizens kutip tiga mata

MANCHESTER, 21 JAN – Pengurus Aston Villa, Dean Smith menyelar para pengadil perlawanan setelah gol lewat kontroversi oleh Bernardo Silva telah memberikan kemenangan Manchester City 2-0 semalam.

Pasukan Pep Guardiola kelihatan bergelut untuk menembusi pertahanan Villa di Stadium Etihad.

Silva akhirnya berjaya menemukan jaringan pada minit ke-79 dengan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Julai.

Smith dibuang padang setelah mencetuskan pertengkaran bahawa Rodri seharusnya diberikan ofsaid sebelum Silva menjaringkan gol.

Jaringan penalti Ilkay Gundogan memastikan City meraih kemenangan selesa dan sembilan kemenangan berturut-turut City dalam semua pertandingan tanpa kalah.

Setelah perlawanan, organisasi pegawai pengadil perlawanan mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa Rodri tidak ofsaid kerana pemain pertahanan Villa, Tyrone Mings memainkan bola terlebih dahulu. – AFP

Pengadil perlawanan, Johnathan Moss ketika melayangkan kad merah kepada Dean Smith semasa perlawanan EPL antara Manchester City dan Aston Villa di Stadium Etihad semalam. – AP