Smith Rowe terima panggilan pertama

LONDON, 9 NOV – Pemain penyerang Arsenal, Emile Smith Rowe kelmarin menerima panggilan pertama senior England untuk kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan San Marino.

Smith Rowe telah dijadualkan untuk menyertai pasukan bawah 21 tahun England, tetapi sebaliknya bertemu dengan pasukan senior, Gareth Southgate di St George’s Park.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan untuk Arsenal musim ini, muncul dalam semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka dan menjaringkan gol dalam perlawanan liga utama ketiga berturut-turut dalam kemenangan 1-0 di gelanggang sendiri menentang Watford pada Ahad lalu.

Pasangan pemain Manchester United, Marcus Rashford dan Luke Shaw, pemain tengah Southampton, James Ward-Prowse dan Mason Mount dari Chelsea tidak melaporkan diri untuk tugas England kerana pelbagai masalah kecergasan.

England akan menentang Albania di Wembley pada hari Jumaat sebelum berkunjung untuk perlawanan menentang San Marino, yang berlangsung tiga hari kemudian. – AFP