Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

SMLK rai pelajar baharu Tahun 7

Oleh Salawati Haji Yahya Gambar serahan SMLK

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK) mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Tahun 7 yang juga dihadiri oleh ibu bapa mereka pada Majlis Orientasi Tahunan Pelajar sekolah itu, hari ini.

Acara yang berlangsung di dewan sekolah tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan lagu kebangsaan dan kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluannya daripada Pengetua Dayang Rosmawati binti Mohammad.

Pelajar baharu Tahun 7 dan ibu bapa mereka turut mendengarkan taklimat daripada timbalan-timbalan pengetua akademik dan pentadbiran.

Selain itu, ibu bapa turut mendengar taklimat mengenai kebajikan pelajar, perkhidmatan pentadbiran dan pelbagai program akademik SMLK.

Pelajar juga berpeluang menghadiri sesi perkongsian Zikir Ashabul Kahfi, diikuti dengan ceramah mengenai peraturan dan undang-undang yang mengawal kesejahteraan warga sekolah.

Kepentingan kesejahteraan pelajar juga ditekankan dalam pembentangan yang disampaikan oleh jabatan kaunseling sekolah.

Orientasi Tahun 7 yang berlangsung selama dua hari itu akan memberi peluang kepada pelajar baharu untuk mengenali guru dan rakan sebaya mereka seterusnya membiasakan diri dengan struktur sekolah dan mempelajari pelbagai jenis aktiviti akademik, keagamaan dan kokurikulum SMLK yang menyusun jadual harian.

Seorang pelajar baharu bersama ibu bapanya sebelum mendaftar masuk ke sekolah.
SMLK mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Tahun 7.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -