SMLK rai peserta khatam Al-Quran secara dalam talian

Kakitangan Sekolah Menengah Lambak Kiri mengadakan keraian unik terhadap sambutan Khatam Al-Quran tahunan sekolah itu pada tahun ini dengan mengadakannya secara dalam talian yang berlangsung pada 14 Mei lalu.

Majlis khatam itu menyaksikan para guru dan kakitangan sekolah yang lain berkumpul melalui persidangan video.

Ini adalah salah satu daripada banyak program yang dilaksanakan oleh SMLK untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anggota kakitangan ketika tempoh pandemik ini.

Acara dimulakan dengan bacaan surah dari Juz Amma oleh beberapa kakitangan lelaki, yang disiarkan dalam talian. Penonton diajak untuk berdoa secara serentak dari kediaman mereka ketika mereka menonton.

Untuk mempertingkatkan lagi perpaduan dan keraian pada acara tersebut, kakitangan diundang untuk memakai warna pakaian yang sepadan, sebagai sebahagian daripada tradisi sekolah.

Kakitangan Sekolah Menengah Lambak Kiri mengadakan sambutan Khatam Al-Quran secara dalam talian pada 14 Mei lalu. – Gambar serahan SMLK