Smollet bersalah berkelakuan tak senonoh

Pelakon Hollywood Jussie Smollet didapati bersalah atas lima pertuduhan jenayah berkelakuan tidak senonoh kerana membuat laporan palsu kepada pihak polis yang mendakwa dirinya menjadi mangsa jenayah rasis dan homofobik pada 2019.

Pada 2019, dia memberitahu polis bahawa dia diserang pada tengah malam oleh dua lelaki bertopeng ketika berjalan berhampiran rumahnya di Chicago.

Namun selepas siasatan dan pemeriksaan CCTV dilakukan ternyata membuktikan kejadian serangan terhadapnya Smollett dan dua inidvidu sebenarnya sudah dirancang.

“Hakim dalam kes Jussie Smollett mendapati dia bersalah atas lima daripada enam pertuduhan berkelakuan tidak senonoh,” kata jurucakap Mahkamah Litar Cook County Mary Wisniewski dalam satu kenyataan kepada pemberita.

Pelakon itu berdepan hukuman penjara tiga tahun, tetapi boleh dijatuhkan hukuman percubaan dan khidmat masyarakat. Tiada tarikh hukuman ditetapkan.

Terdahulu, dia pernah didakwa dalam 16 pertuduhan jenayah namun kes tersebut telah digugurkan oleh pihak pendakwa raya.

Kemudian, dia didakwa sekali lagi pada Februari 2020 oleh juri besar di Cook County atas enam pertuduhan berkelakuan tidak senonoh berkaitan berita palsu yang dikatakan. – Agensi

Jussie Smollet berdepan hukuman penjara tiga tahun dan boleh dijatuhkan hukuman percubaan dan khidmat masyarakat. – Agensi