Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMSAB rai pelajar tamat aktiviti pembungkusan rempah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 11 pelajar Program Pra Vokasional dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) telah diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil atas pencapaian mereka menyempurnakan aktiviti pembungkusan rempah yang dikendalikan oleh Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar ialah Pengurus Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, Haji Mohd Nooh bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Jabatan Sekolah-sekolah, timbalan pengetua akademik, timbalan pengetua pentadbiran, para guru dan pelajar.

    Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada tetamu kehormat oleh Pengetua SMSAB, Sia Ai Chin, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama berterusan antara sekolah dan syarikat tersebut.

    Sejak menjadi perintis projek pada tahun 2015, SMSAB telah terlibat dalam aktiviti pembungkusan rempah bersama Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, sebuah inisiatif kolaborasi dengan Jabatan Sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Projek itu bertujuan membina kemahiran kebolehkerjaan dan pengalaman kerja dalam kalangan pelajar. Selain sekolah tersebut, tiga buah sekolah menengah lain juga turut terlibat dalam projek antaranya ialah Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Katok dan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pelajar dan guru yang terlibat pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda