Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    SMSIS rai Hari Raya Aidilfitri

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan SMSIS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Guru-guru dan murid-murid Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS) telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada penghujung bulan Syawal, baru-baru ini.

    Murid-murid dan guru-guru SMSIS telah meraikan Sambutan Hari Raya secara maya di dalam kelas masing-masing dengan mematuhi garis panduan prosedur operasi (SOP) keselamatan bagi pengawal COVID.

    Sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi murid-murid adalah mereka bentuk kad ucapan Hari Raya dan poster untuk memeriahkan majlis tersebut.

    Majlis itu turut diserikan dengan persembahan gulingtangan yang dipersembahkan oleh salah seorang guru SMSIS.

    Dalam kenyataan, SMSIS mengatakan bahawa walaupun sambutan Hari Raya tahun ini diadakan secara sederhana, para murid tetap teruja untuk menyambutnya bersama kawan-kawan dan guru-guru mereka.

    Salah seorang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan pada majlis berkenaan.
    Murid-murid bergambar sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Saujana baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...