Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    SMSS hargai usaha pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) telah mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Anugerah ke-31 bagi menghargai usaha gigih pelajar-pelajar pada tahun ini, yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 143 orang pelajar Tahun 10 Express dan Tahun 11 itu ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Sarjana, Dr Mary Lim yang turut memberi kata-kata motivasi dan inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan.

    Berkenan berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

    Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua Seksyen Menengah, Gazala binti Abdullah yang menekankan nilai hormat-menghormati dan peranan sekolah dalam menyediakan suasana kepada pelajar untuk pembangunan dalam pelbagai aspek, sekali gus menyalurkan potensi kecemerlangan pelajar.

    Majlis menyaksikan penyampaian sijil dan anugerah kepada pelajar terbaik dalam akademik, Anugerah TAIB serta beberapa anugerah istimewa khususnya Anugerah Bahasa Mandarin, Anugerah Students of the Year dan Anugerah Kepimpinan berprestij Dr Mary Lim.

    Persembahan bercorak pancaragam dan tarian turut menyerikan majlis tersebut.

    Dalam pada itu, SMSS turut meraikan seramai 184 orang murid prasekolah dan 157 pelajar bagi peringkat rendah dalam majlis serupa pada sebelah pagi.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah berkenan menyaksikan majlis berkenaan. – Gambar oleh Lyna Mohamad
    Dr Mary Lim menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...