Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Snap, snap swivel atau ikat terus?

    Oleh Raz AS

    Snap dan snap swivel merupakan antara peralatan terminal pancing yang lumrah digunakan oleh ramai pemancing, tidak kiralah untuk pancingan air tawar, estuari mahupun air masin.

    Antara kelebihan snap atau snap swivel yang menjadikannya gemar digunakan oleh pemancing adalah ia membolehkan si pemancing dapat menukar lure, batu ladung, perambut atau apa sahaja yang disambungkan padanya dengan lebih cepat, berbanding dengan memutus dan membuat semula ikatan.

    Namun begitu, penggunaan snap dan snap swivel tidak selalunya menjadi pilihan terbaik untuk digunakan ketika menggunakan lure. Kadang-kadang mengikatkan tali terus pada lure yang digunakan adalah lebih baik. Tetapi tentu sahaja ini adalah bergantung pada jenis-jenis lure yang digunakan oleh pemancing.

    Sesetengah lure, contohnya daripada jenis spoon atau sesudu, yang mana aksi lure ini lebih kepada jenis wobbling seumpama daun gugur lebih sesuai digunakan dengan snap.

    Ini kerana snap memberikannya kebebasan bergerak, berbanding diikat terus yang akan mencengkam kepala spoon.

    Snap atau snap swivel menyenangkan proses menukar lure.
    Sesetengah lure lebih sesuai diikat terus agar tidak menjejaskan aksinya.

    Apabila memilih snap, untuk tujuan tersebut, disyorkan menggunakan jenis snap yang mempunyai lingkaran bulat yang luas atau lebar. Ini kerana snap yang mempunyai lingkaran yang sempit atau jenis ‘pointy’ akan memberikan keputusan yang sebaliknya.

    Sementara itu, snap swivel pula tidak diperlukan kerana spoon bukanlah jenis lure yang berputar. Dipercayai penggunaan swivel akan menjejaskan aksi spoon kerana ia boleh ‘menyerap’ pergerakan spoon.

    Snap swivel lebih sesuai digunakan bersama lure yang boleh berputar, seperti sesetengah jenis spoon atau lure yang seumpamanya. Apa sahaja jenis lure yang awda gunakan sekiranya awda mendapati ia berputar di dalam air, gunakan snap swivel untuk menyelamatkan tali pancing awda daripada berpintal.Tali yang berpintal lebih mudah kusut dan rosak.

    Manakala sesetengah lure seperti soft plastic, popper, bucktail jig dan seumpamanya, lebih sesuai diikat terus pada tali pancing. Bagi lure tersebut, semakin kurang penggunaan peralatan terminal lebih baik, kerana kadang-kadang kehadiran peralatan tersebut dapat menjejaskan aksinya. Tambahan lagi ia akan dapat beraksi dengan persembahan yang lebih natural.

    Mengikat tali terus pada lure memberikan kebolehan kepada pemancing untuk mengawal aksi lure mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu sekiranya lure yang digunakan daripada jenis yang memerlukan input berterusan daripada si pemancing untuk ia menghasilkan aksi, lebih baik ia untuk diikat terus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...