Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Snapchat catat pendapatan AS$1.3 bilion

    SAN FRANCISCO, 4 FEB – Saham dalam Snap meningkat semalam selepas firma di sebalik aplikasi pesanan Snapchat melaporkan keuntungan suku pertamanya.

    Saham yang telah dibelenggu kebimbangan mengenai pasaran lebih luas dan isu tentang privasi iPhone menjadikannya lebih sukar untuk menyasarkan iklan, telah meningkat hampir 60 peratus ke atas pendapatan yang mengatasi jangkaan.

    Saham Snap meningkat AS$14.30, atau 58 peratus kepada AS$38.89 dalam perniagaan selepas waktu tutup. Saham, yang cenderung turun naik, kehilangan hampir 24 peratus dalam sesi perniagaan berikutan kemerosotan Meta.

    Snap mengakhiri tahun lalu dengan kerugian AS$69 juta dan mencatat keuntungan bersih sebanyak AS$22.5 juta dalam tiga bulan terakhir tahun itu.

    “Tahun 2021 merupakan tahun menarik untuk Snap dan kami mencatat kemajuan besar dalam mengembangkan perniagaan kami dan menawarkan khidmat kepada komuniti global kami,” kata ketua eksekutif Evan Spiegel dalam penyata pendapatan.

    Beliau berkata kekuatan dalam perniagaan teras Snap membenarkannya melabur dalam sektor alam maya, ‘mengubah cara komuniti Snapchat mengalami dunia menerusi kamera kami.’

    Snapchat menjadi popular, terutamanya dengan pengguna telefon pintar muda, dengan membenarkan orang berkongsi kenangan dalam bentuk gambar atau video dalam pesanan yang akan binasa sendiri selepas ditonton.

    Ciri-ciri popular dalam aplikasi termasuk ‘kanta’ yang membenarkan orang menambah sentuhan khas pada gambar.

    Pendapatan Snap untuk suku yang berakhir baru-baru ini mencecah AS$1.3 bilion, peningkatan 42 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. – AFP

    Ilustrasi gambar menunjukkan logo Snapchat dipamerkan di skrin komputer di San Anselmo, California. Saham Snapchat meningkat dalam perniagaan selepas syarikat mencatat pendapatan suku keempat lebih baik daripada dijangka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...