Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Snapchat kurangkan 20 peratus pekerja

    SAN FRANCISCO, 1 SEPT – Syarikat induk Snapchat mengesahkan semalam bahawa ia akan mengurangkan 20 peratus kakitangan, ketika firma aplikasi pesanan itu berusaha pulih di tengah-tengah persaingan dan krisis pendapatan, serta kerugian suku yang dicatat baru-baru ini.

    Popular dalam kalangan pengguna internet muda sebelum ini, Snapchat kekal pemain kecil dalam ruang media sosial ketika persaingan dari aplikasi lain seperti TikTok, menjadi semakin sengit baru-baru ini.

    “Kini kami mesti berdepan kesan pertumbuhan pendapatan yang lebih rendah dan menyesuaikan diri dalam persekitaran pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Snap Evan Spiegel dalam nota kepada pekerja semalam ketika mengumumkan keputusan ‘untuk mengurangkan jumlah pekerja sebanyak kira-kira 20 peratus.’

    Pada Julai, syarikat itu melaporkan kerugian suku berjumlah hampir tiga kali ganda kepada AS$422 juta di tengah keadaan yang lebih mencabar daripada dijangkakan.

    Laman web berita teknologi The Verge mula-mula melaporkan syarikat berpangkalan di selatan California itu akan mengurangkan 6,400 kakitangannya.

    Menurut Spiegel, penyusunan semula akan menumpu pada ‘tiga keutamaan strategik: pertumbuhan komuniti, pertumbuhan pendapatan dan alam realiti dengan projek tidak berkaitan ‘digantung atau menerima pelaburan yang lebih rendah.’

    Snap berkata ia akan menamatkan program Snap Originals, integrasi aplikasi parti ketiga dikenali sebagai Minis, permainan, dan tawaran dron ringan bernama Pixy.

    Ia juga berkata ia akan ‘menggantung’ aplikasi geolokasi Zenly dan aplikasi muzik Voizey, yang diperolehnya menerusi pengambilalihan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Snap Inc di bangunan Bursa Saham New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...