Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Snapchat, platform media sosial lain terpalit kes dadah

    SANTA MONICA, AMERIKA SYARIKAT, 14 JUN – Semua keluarga bagi remaja yang meninggal dunia akibat pengambilan dadah secara berlebihan yang dibeli melalui aplikasi Snapchat dan platform media sosial lain menggesa firma-firma teknologi untuk menangani masalah tersebut kelmarin.

    Sam Chapman, sebahagian daripada kumpulan yang mengadakan protes kelmarin di hadapan ibu pejabat Snapchat di Santa Monica, memberitahu AFP bahawa anaknya meninggal dunia pada Februari 2021 selepas pil yang dibelinya melalui platform tersebut dicampuri dadah jenis fentanyl opioid yang sangat kuat kesannya.

    Chapman menggambarkan adegan ngeri ketika mendapati anaknya sudah tidak bernyawa di atas lantai bilik tidur-nya sebagai ‘pose kematian fentanyl’.

    “Nafas anak saya secara tiba-tiba berhenti, jatuh ke belakang kerusinya dan muntah, kemudian dia tersedak muntahnya sendiri,” kata Chapman.

    Daripada 107,000 kematian dos berlebihan yang direkodkan tahun lalu di Amerika Syarikat, 70 peratus disebabkan oleh keracunan fentanyl, yang kini menjadi punca utama kematian bagi rakyat Amerika berusia 18 hingga 45 tahun, menurut kumpulan yang menyokong bantahan kelmarin.

    Chapman juga memberitahu bahawa seorang pengedar dadah telah menghubungi anaknya di Snapchat dan menghantarnya “menu dadah berwarna-warni dengan gambar.”

    Seperti ahli keluarga mangsa yang lain, Chapman turut menyeru Snapchat dan platform media sosial lain yang menjurus kepada golongan muda untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap sindiket penjualan dadah secara maya.

    Sementara itu, kumpulan Mangsa Dadah Haram (VOID) juga telah menuntut undang-undang AS agar dikemas kini supaya rangkaian sosial dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku kepada pengguna yang menggunakan platform mereka. – AFP

    Orang ramai yang menentang penjualan dadah haram di Snapchat berhimpun di luar ibu pejabat syarikat di Santa Monica, California, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...