Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Sneijder luah rasa kecewa

ISTANBUL, 17 Julai – Pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder (gambar) telah meninggalkan Turki semalam selepas empat tahun bersama Galatasaray, meluahkan rasa sedih bahawa pengurus kelab, Igor Tudor tidak mahu dia kekal di sana.

Kelab Istanbul itu berkata bahawa ia ‘berpisah dengan Wesley Sneijder’ dan mengucapkannya agar berjaya di masa depan.

Namun berita-berita mengenai pemergiannya mencetuskan kemarahan di depan ibu pejabat kelab, dengan para penyokong meminta bagi perletakan jawatan pengerusi kelab, Dursun Ozbek.

Sneijder, 33, telah menyertai Galatasaray dari Inter Milan ketika di puncak kerjayanya pada bulan Januari 2013 dan telah menjaringkan 46 gol dalam 176 penampilan bersama kelab.

Dirakam ketika hendak berlepas ke Amsterdan dari Lapangan Terbang Istanbul, Sneijder berkata bahawa dia kecewa bahawa dia tidak tersenarai dalam perancangan pengurus dari Croatia, Tudor.

“Setentunya saya sedih. Kerana jika anda perlu meninggalkan kelab begini, ia tidak bagus,” katanya.

“Jurulatih telah membuat keputusannya. Dan dia membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan saya. Dan saya menghormatinya.”

Namun masih belum diketahui ke mana destinasi Sneijder seterusnya, meskipun terdapat cadangan bahawa dia mungkin bermain di Amerika Syarikat.

Sneijder berkata bahawa dia masih belum mempunyai kelab lagi tetapi “akan terdapat sesuatu yang baru,” dengan menambah : “Saya percaya kualiti saya.”

Galatsaray berkata bahawa kontrak Sneijder telah dibatalkan atas persetujuan bersama dan pemain itu telah mengetepikan hak bagi gaji tahun ini sebanyak 4.5 juta euro. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -