Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Snoop Dog rupanya takut kuda

    Penyanyi rap Snoop Dog mendedahkan dirinya fobia dan takut dengan kuda.

    Snoop atau nama sebenarnya Calvin Cordozar Broadus Jr. mengakui seorang equinophobia iaitu mempunyai ketakutan terhadap kuda, lapor mStar.

    Snoop Dogg berkongsi rahsia itu dalam sebuah siaran YouTube Doube G News yang disiarkan pada Selasa lalu.

    Dalam temu bual program berkenaan, seorang tetamu undangan iaitu pelakon Tiffany Haddish memberitahu impiannya sewaktu kecil adalah ingin menjadi seorang penternak.

    Mendengarkan perkara itu, Snoop Dogg terus memberitahu dia takutkan kuda.

    Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menjelaskan dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa dirinya begitu takut dengan haiwan tersebut.

    “Anda pasti tidak pernah melihat saya dengan kuda… saya pernah bersama iguana, burung unta atau semua jenis haiwan, tetapi bukan kuda,” katanya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Sensual Seduction ini memaklumkan bahawa isterinya iaitu Shante Broadus memiliki tiga ekor kuda dan gemar menunggang kuda untuk menenangkan fikiran. – Agensi

    Snoop tidak tahu punca mengapa dirinya takut kepada kuda. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...