Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sociedad singkirkan Atletico dari Copa del Rey

    MADRID, 20 JAN – Musim Atletico Madrid bertukar dari buruk semakin teruk kelmarin ketika mereka disingkirkan dari Copa del Rey oleh Real Sociedad.

    Kemenangan 2-0 untuk La Real membolehkan mereka mara ke suku akhir manakala Atletico perlu menewaskan Manchester United dalam pusingan ke-lompok 16 terakhir Liga Juara-Juara untuk mendapatkan sebarang peluang menyelamatkan musim mereka. Pasukan Diego Simeone tersingkir daripada merebut gelaran juara La Liga kerana mereka ketinggalan 16 mata di belakang Real Madrid dan mereka telah dibelasah oleh Athletic Bilbao pada minggu lalu di pusingan separuh akhir Piala Super Sepanyol.

    Kejuaraan Copa del Rey kelihatan seperti satu-satunya peluang yang tinggal tetapi mereka telah dikalahkan di Reale Arena, di mana jaringan gol daripada Adnan Januzaj dan Alexander Sorloth mencukupi untuk menyingkirkan pasukan Basque tersebut.

    “Musim lalu sangat menakjubkan dan musim ini membuktikan ia menjadi sangat sukar,” kata Simeone. “Peluang itu masih ada, kami mempunyai kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara.”

    Atletico Madrid sekarang hanya berjaya meraih dua kemenangan daripada lapan perlawanan dari semua pertandingan. Di dalam liga, mereka memperoleh satu kemenangan dari tujuh perlawanan.

    “Satu-satunya cara untuk memperbaiki adalah membantu para pemain, untuk memberi mereka keyakinan dan fikiran yang tenang ketika situasi rumit,” ujar Simeone. “Dinamiknya tidak bagus tetapi mari berfikir positif. Saya seorang yang optimis dan percaya pada pemain saya.”

    Januzaj dari Sociedad dan pemain Atletico, Yannick Carrasco masing-masing menjaringkan gol awal sebelum Januzaj meletakkan Sociedad mendahului pada minit ke-33 apabila dia berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Atletico untuk menanduk masuk ke gawang. – AFP

    Reaksi pemain Real Sociedad meraikannya pada penghujung perlawanan pusingan pertama 16 Copa del Rey antara Real Sociedad dan Atletico Madrid di Stadium Anoeta di San Sebastian, 19 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...