Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Softbank batal penjualan Arm AS$40 bilion

    TOKYO, 8 FEB – SoftBank Jepun berkata hari ini bahawa penjualan firma cip Arm bernilai AS$40 bilion kepada Nvidia telah menemui kegagalan disebabkan ‘cabaran badan pengawal selia’ berhubung isu persaingan, dan kini ia merancang untuk menyenaraikan unit tersebut.

    Tindakan diambil selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memfailkan tindakan guaman untuk menyekat penjualan dan siasatan dilancarkan dalam urus niaga tersebut di United Kingdom dan Eropah.

    Susulan pengumuman, firma pelaburan Jepun itu melaporkan keuntungan bersih berjumlah 29 bilion yen (AS$251 juta) dalam suku ketiga.

    Angka tersebut menandakan kemerosotan mendadak daripada keuntungan 1.17 trilion yen yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya, apabila keputusan dirangsang oleh pemulihan saham dalam teknologi.

    Nvidia dan Kumpulan SoftBank enggan memberi komen mengenai laporan itu, yang memetik tiga sumber tanpa nama dengan pengetahuan mengenai perjanjian itu.

    Namun kegagalan tidak mengejutkan, selepas spekulasi terbaharu berkata perjanjian menemui kegagalan berikutan tekanan daripada badan pengawal selia AS, UK dan EU yang bimbang ia akan menjejas persaingan.

    Pada Disember, badan pengawal selia AS memfailkan tindakan guaman berusaha menyekat gabungan itu, sementara badan pengawal Britain dan Eropah mengarahkan siasatan dilancarkan dalam perjanjian tersebut.

    Kumpulan SoftBank Jepun mengumumkan pada 2020 ia akan menjual Arm dengan harga AS$40 bilion dalam perjanjian yang diharap dicapai pada awal 2022, tertakluk kepada kelulusan badan pengawal selia. – AFP

    Papan tanda kelihatan di luar bangunan di mana ibu pejabat Kumpulan SoftBank terletak di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...