SoftBank beli saham syarikat robotik Norway

TOKYO, 6 APRIL – Syarikat pelaburan gergasi Jepun, SoftBank Group akan membeli saham sebanyak 40 peratus dalam syarikat robotik Norway, AutoStore dalam perjanjian bernilai AS$2.8 bilion, menurut kedua-dua buah firma tersebut.

Perjanjian itu adalah yang terbaharu oleh SoftBank, yang berbelanja besar dalam syarikat teknologi yang baru ditubuhkan dan nama-nama besar, merangkumi kecerdasan buatan (AI) hingga ke syarikat bioteknologi.

Perjanjian AutoStore, yang membangunkan gedung teknologi automasi, bernilai AS$7.7 bilion, menurut kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua buah syarikat kelmarin.

Dikenali dengan sistem kuboid yang mengurangkan ruang yang diperlukan untuk menyimpan barangan, AutoStore berkata mereka mengerahkan 20,000 buah robot di 35 buah negara dan klien mereka termasuk Puma dan Siemens. – AFP