Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    SoftBank lapor kerugian besar AS$23.4 bilion

    TOKYO, 8 OGOS – Kumpulan SoftBank Jepun hari ini melaporkan kerugian besar berjumlah AS$23.4 bilion dalam suku pertama, selepas kenaikan kadar faedah bank pusat di seluruh dunia mendorong saham teknologi merudum.

    Firma telekom yang telah beralih kepada syarikat gergasi pelaburan itu mencatat kerugian bersih 3.16 trilion yen, merosot daripada keuntungan bersih berjumlah 761.5 bilion yen dalam tempoh April-Jun yang sama pada tahun sebelumnya. Yen yang lebih lemah dan ‘trend merosot dalam harga saham global berpunca daripada kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi didorong oleh inflasi dan kenaikan kadar faedah’ telah menyumbang kepada kemerosotan tersebut.

    Di antara portfolio syarikat yang mengalami kerugian besar untuk suku itu adalah syarikat e-dagang Korea Selatan Coupang dan platform hantaran AS DoorDash, tambah SoftBank.

    Pelaburan besar SoftBank dalam syarikat teknologi global dan usaha sama baharu telah mendorongnya memperoleh pendapatan yang sukar diramalkan, dan ia telah mencecah antara rekod tinggi dan rendah dalam beberapa tahun ini.

    Pada Mei, ia melaporkan kerugian tahunan paling teruknya yang melihat asetnya terjejas oleh kemerosotan saham teknologi Amerika Syarikat (AS) serta tindakan keras di China.

    Ia berlaku selepas mencatat keuntungan bersih tahunan terbesar Jepun pada 2022-21, selepas orang awam beralih kepada internet semasa pandemik, sekali gus mendorong saham teknologi meningkat.

    Pada 2019-20, Kumpulan SoftBank melaporkan kerugian bersih berjumlah 961.6 bilion yen, ketika penularan COVID memburukkan masalah berpunca daripada pelaburannya dalam firma perkongsian pejabat WeWork. – AFP

    Seorang orang awam berjalan di depan kedai SoftBank di Tokyo kelmarin. Softbank mencatat kerugian suku pertama ketika nilai pelaburannya merosot di tengah kebimbangan inflasi dan kadar faedah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...