SoftBank tubuh dana AS$100 juta untuk usahawan kulit hitam

TOKYO, 4 JUN – Syarikat teknologi Jepun, SoftBank Group berkata hari ini ia telah memperuntukkan AS$100 juta dana bagi usahawan berkulit hitam, firma terbaharu yang berhasrat untuk menggilap bukti kelayakan perbezaan di tengah-tengah bantahan Amerika Syarikat berhubung ketidakadilan perkauman.

Opportunity Growth Fund itu ‘hanya akan melabur dalam syarikat-syarikat yang diketuai oleh pengasas dan usahawan kaum tersebut,” kata naib presiden eksekutif firma, Marcelo Claure dalam surat syarikat itu yang dierolehi oleh AFP.

Syarikat pemula modal usaha niaga (VC) itu ‘dimonopoli oleh lelaki berkulit putih berpendidikan Ivy dan berpangkalan di Silicon Valley.

“Hanya satu peratus pengasas yang disokong VC itu berkulit hitam,” tambahnya.

Pada asalnya ditubuhkan sebagai syarikat telekom, SoftBank Group telah menjadi syarikat pelaburan dan teknologi dengan memiliki saham di syarikat permulaan Silicon Valley menerusi Dana Wawasan AS$100 bilion. – AFP