Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokong cadangan jambatan Labuan

    LABUAN, 19 Sept – Parti Keadilan Rakyat menyokong cadangan pembinaan  jambatan Labuan yang sudah lama tertangguh dengan menyifatkannya sebagai cara perhubungan  yang cekap dan selamat antara penduduk pulau bekas cukai ini dengan Sabah serta sebaliknya.

    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata masalah pengangkutan di Sabah, Labuan dan Semenanjung sentiasa menjadi keutamaan dan fokus utama ramai pemimpin negara ini..

    “Maksud saya ialah, apabila kita menggunakan laluan itu (jambatan), ia memudahkan pengangkutan untuk memastikan penduduk di sini dapat berulang-alik dengan cekap dan selamat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 Tahun Bersama Rafizi Ramli di sini malam tadi (Selasa malam).

    Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata isu itu harus  dipertimbangkan oleh kerajaan hari ini, walaupun pembinaannya tertakluk kepada kajian dan keadaan kewangan kerajaan.

    “Saya akan menulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (keperluan untuk merealisasikan jambatan) dan sebagai mata dan telinga  rakyat  kita  harus  memainkan peranan berdasarkan apa yang dihadapi oleh rakyat.

    Sudah tentu terdapat banyak isu yang harus ditangani, lebih-lebih lagi mengenai isu-isu yang menjejaskan rakyat Labuan,” katanya.

    Naib presiden PKR, Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam  pemilihan parti yang  akan datang turut menyokong cadangan pembinaan jambatan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda