Sokongan cetus semangat positif – Miedema

ZEIST, 26 Julai – Selepas membantu Belanda mara ke suku akhir Euro wanita, Vivianne Miedema tidak berapa meregangkan badan dalam sesi latihan keesokan harinya, tetapi sekumpulan penyokong berpakaian jingga bersorak kepadanya dengan nyaring.

Sorakan itu lebih nyaring ketika penyerang berusia 21 tahun itu meninggalkan padang pada minit ke-86 dalam kemenangan 2-1 Belanda ke atas Belgium, yang menghadiahkan pasukan hos tiket ke suku akhir menentang Sweden.

“Ia memberikan anda tenaga yang banyak, anda pergi ke perlawanan dan menyaksikan ramai orang, malah di bandar-bandar, anda boleh melihat orang di mana-mana,” kata Miedema selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan.

“Ia sesuatu yang positif bagi kami,” tambah pemain baru Arsenal Ladies itu, setelah menandatangani bagi kelab Inggeris itu pada bulan Mei selepas tiga musim di Bayern Munich.

“Ia hebat kerana ia berada di tanah air tetapi ia juga satu derbi,” katanya mengenai perlawanan menentang negara jiran, Belgium.

Penyerang Belanda, Vivianne Miedema (kanan) cuba merebut bola dari pemain Belgium dalam persaingan Euro wanita. - AFP
Penyerang Belanda, Vivianne Miedema (kanan) cuba merebut bola dari pemain Belgium dalam persaingan Euro wanita. – AFP

“Ia memang selalu istimewa untuk bermain menentang Belgium dan saya tida pasti berapa ramai berada di sana, tetapi penyokong Belgium juga ramai. Ia adalah perlawanan yang hebat.”

Dia juga berkata kejohanan itu telah memberikan rangsangan kepada bola sepak wanita di Belanda, yang merupakan sukan paling pantas berkembang di sana.

“Ia berkembang dengan banyak dan selepas Euro, ia pasti lebih baik. Ia begitu istimewa untuk bermain di depan 12 atau 13 ribu orang dalam setiap perlawanan,” kata Miedema.

Dia belum menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan itu, dengan Sherida Spitse, Lieke Martens dan Shanice van de Sanden mendahuluinya, tetapi ia tidak merisaukannya.

“Saya mempunyai peranan berbeza, anda boleh saksikan dalam setiap perlawanan saya dikelilingi oleh dua atau tiga pemain, tetapi ia juga memberikan kami lebih banyak ruang di bahagian sayap,” kata Miedema.

“Kami dalam keadaan baik dan saya bermain dengan baik, jadi gol itu akan datang juga nanti.” – AFP