TORONTO, Kanada, 9 Ogos – Penyo-kong tuan rumah terbukti tidak membantu ketika Eugenie Bouchard bergelut untuk meneruskan kemaraan semalam dengan kekalahan ‘straight set’ kepada pemain kelayakan Donna Vekic di kejohanan gelanggang keras WTA di Toronto.
Vekic dari Croatia mencatatkan kemenangan 6-3, 6-4, yang menjadi kekecewaan penyokong, yang mana sokongan mereka gagal menjadi dorongan kepada Bouchard.
Pemain dari Kanada itu, yang hanya melakarkan satu kemenangan sejak penyingkiran pusingan kedua di Terbuka Perancis, melakukan 32 ‘unforce errors’ dan tujuh ‘double fault’.
“Saya rasa saya akan menyertai kejohanan di Croatia bagi mendapatkan sokongan tuan rumah,” kata Vekic, yang menempah slot ke pusingan kedua menentang pilihan ketiga dari Jerman, Angelique Kerber, yang memegang ranking nombor satu dunia awal tahun ini.
Bouchard, yang digambarkan sebagai bintang yang semakin meningkat apabila mara ke perlawanan akhir Wimbledon 2014, kemunculan separuh akhir di Terbuka Australia dan Perancis, pernah berada di ranking kelima dunia.
Dia sekarang berada di kedudukan ke-70 dan menerima kemasukan wildcard dalam undian pertama, tetapi kempennya di Toronto bertahan hanya 94 minit.
“Saya jelas berada dalam keyakinan yang rendah buat masa sekarang,” kata Bouchard. “Jadi ia adalah sukar untuk mara dalam perlawanan sukar apabila anda berada dalam kedudukan seperti ini.”
Dalam aksi pusingan kedua, bekas pemain nombor satu dunia, Carolina Wozniacki dari Denmark, pilihan keenam, mara dengan kemenangan 6-3, 6-0 ke atas Ekaterina Alexandrova dari Rusia.
Pilihan kelima Elina Svitolina dari Ukraine juga mara dengan kemenangan 7-6 (7/4), 6-4 ke atas Daria Kasatkina dari Rusia. – AFP