Sokongan kepada rakyat Palestin

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Persatuan Jururawat Brunei Darussalam (PENJURU) telah menyerahkan sumbangan berjumlah $8,218.50 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

Sumbangan hasil kutipan amal ahli persatuan itu telah diserahkan oleh Naib Yang Di-Pertua PENJURU, Hajah Asmah binti Haji Omar kepada salah seorang wakil kementerian.

Hasil kutipan amal itu adalah sebagai tanda perpaduan keprihatinan PENJURU khususnya warga kejururawatan dan bidan terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin pada ketika ini.

Menerusi sumbangan yang diterima itu juga jelas membuktikan usaha misi kemanusiaan tersebut telah disambut baik oleh masyarakat di negara ini dan tidak terkecuali ahli-ahli PENJURU yang bersatu dan berganding bahu meringankan beban dan penderitaan akibat krisis keselamatan selama ini.

Naib yang di-pertua PENJURU ketika menyerahkan sumbangan berjumlah $8,218.50 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 pada majlis yang berlangsung di KKBS, semalam. – Gambar serahan PENJURU