Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solanke pamer taring di Hong Kong

    HONG KONG, 20 Julai – Pemain baru Dominic Solanke turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol ketika The Reds mengalahkan Crystal Palace 2-0 dalam aksi pra-musim di Hong Kong, semalam.

    Pemain berusia 19 tahun itu menampakkan dia mampu membuktikan bisanya walaupun tawaran musim panas hanya AS$4 juta apabila berganding baik dengan rakan penyerang Divock Origi, yang juga menjaringkan gol dalam kemenangan Liga Perdana Piala Asia.

    “Ia satu keputusan bijak untuk dia dan untuk kami. Dia melihat peluang itu dan kami dapat melihatnya juga. Anda dapat melihat serta-merta dia pemain pintar, dia seorang yang mahir dan kami gembira dengan ini,” kata pengurus Liverpool Jurgen Klopp (gambar bawah) kepada wartawan.

    Origi mencipta peluang untuk gol pertama Liverpool selepas sejam dengan tendangan bijak ke belakang menemui Solanke yang tidak dikawal dan remaja itu menyudahkan peluang dengan tenang. Dia kemudian menyumbat gol kedua Liverpool pada minit ke-79, sekali gus mencetuskan kegembiraan 40,000 penonton.

    Barisan depan baru Klopp membuktikan gangguan bagi jurulatih Jerman tidak menjejaskan perancangan The Reds walaupun Leipzig dilaporkan menolak tawaran besar AS$86 juta untuk bintang midfield Naby Keita.

    Solanke menjaringkan gol semasa menentang Palace untuk aksi Liga Perdana Piala Asia, kelmarin. – AFP
    Solanke menjaringkan gol semasa menentang Palace untuk aksi Liga Perdana Piala Asia, kelmarin. – AFP

    Klopp terjegil apabila ditanya mengenai situasi Keita ketika khabar angin bertiup kencang bahawa agen antarabangsa pemain dari Guinea itu dilihat di Hong Kong.

    “Adakah kita di Macau?” tanya Klopp merujuk kepada hab perjudian terbesar di dunia yang terletak di seberang Pearl River Delta dari Hong Kong. “Apa yang anda tahu? Enam puluh enam juta (pound) ditolak hari ini? Saya tidak fikir tentang perkara ini.

    “Hari ini kedua-dua pasukan bermain dengan baik,” tambah Klopp sambil mengalihkan perhatiannya ke acara di padang. “Pada babak kedua kami membuat beberapa perubahan dan kami menjaringkan gol. Bagus. Kami mengubah formasi dan ia bagus untuk ditonton.”

    Liverpool berdepan Leicester City pada final Piala Asia Sabtu ini selepas Foxes menang aksi awal 7-6 menerusi penalti ke atas West Bromwich berikutan seri 1-1 dalam masa biasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda