BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Solat Sunat Aidiladha dan silaturahim bersama-sama masyarakat Indonesia yang berada di negara ini pada 10 Zulhijjah 1438H bersamaan 2 September.
Acara Solat Sunat Aidiladha dan silaturahmi itu akan diadakan di Kedutaan Republik Indonesia, Simpang 336, Kampung Kawasan Lingkungan Diplomatik, Jalan Kebangsaan, bermula jam 7 pagi dan akan dipimpin oleh Ustaz Sirnoto manakala ceramah akan disampaikan oleh Dr Mikdar Rysdi.