Pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa, 33, tampil mendedahkan doa-doa yang diamalkan oleh suami tercintanya, Haris Ismail, 27.
Ia ekoran satu persoalan menerusi sebuah siaran langsung berhubung amalan doa yang menjadi pegangan suaminya sehingga kini.
“Doa ni saya ikut saya mana yang sudah dihimpunkan oleh ulama-ulama. Contohnya doa Ashbahna Ala Fitratil Islam sampailah doa perlindungan dari jin dan syaitan di bahagian akhir,” jelas Haris atau nama sebenarnya PU Riz.
Dalam masa yang sama, Neelofa turut berkongsi momen ketika solat berjemaah dengan suaminya itu.
“Saya nak kongsi kalau solat berjemaah dia punya doa ni akan buat kita sampai lenguh tangan.
“Kalau zikir pagi atau petang dia akan baca satu buku Al Ma’thurat, tapi tanpa bukulah dia dah hafal.
“Pada awalnya saya tak biasa tapi lama-lama saya belajar bahawa pentingnya kita untuk ambil tahu dan hafal doa Al-Quran serta hadis.
“Tapi sebenarnya bila kita ada ilmu daripada hadis dan juga Al-Quran kita akan rasa lebih selamat dan yakin.
“Kalau saya ada masalah saya akan perbanyakkan doa yang boleh permudahkan urusan.
“Contohnya kita ada masalah dari segi kewangan ataupun berkaitan dengan rezeki perniagaan ada satu doa yang saya amalkan iaitu Fathikat Amal disebut oleh Sayyidina Ali,” ulas Neelofa. – Agensi