Solat Gerhana 21 Jun ini

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan solat Sunat Gerhana Matahari selepas solat Fardu Asar berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat pada 21 Jun ini.

Menurut Jabatan Ukur, fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku pada jam 3:10 sehingga 5:23 petang.

Sehubungan itu, umat Islam disunatkan mengerjakan solat Sunat Gerhana Matahari selepas Asar dengan tumpuan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada hari tersebut.

Jemaah juga diminta mengikut garis panduan dan tatacara yang ditetapkan ketika berada di masjid, surau dan balai ibadat serta mematuhi nasihat daripada Kementerian Kesihatan.