Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat hajat sempena hari perkhidmatan awam ke-27

    Oleh Syahmi Hassan & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-27, Majlis Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat serta membaca doa khas sempena sambutan tersebut telah diadakan secara serentak di keempat-empat daerah hari ini.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Majlis telah dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohd Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, diikuti dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah dan seterusnya bacaan doa khas sempena Hari Perkhidmatan Awam.

    Sementara itu, majlis yang diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, Daerah Belait pula telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

    Turut hadir dalam acara tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku penghulu Mukim Liang; dan Pemangku Penghulu Labi 1, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput; serta Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin, bersama pegawai-pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan di Daerah Belait.

    Bagi Daerah Tutong pula dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman.

    Manakala di Daerah Temburong dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti sama-sama menunaikan sembahyang Fardu Asar berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM.
    Antara yang hadir bagi solat berjemaah sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-27 di Masjid Ash-Shaliheen.
    Awang Mohd Amir Hairil ketika sama-sama menunaikan sembahyang Fardu Asar berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan, Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda