Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Solat Sunat Hajat seluruh negara

Oleh Yusrin Junaidi & Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) pagi tadi telah mengendalikan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah khusus bagi para pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan bagi keempat-empat daerah yang akan menduduki peperiksaan awam pada akhir tahun ini.

Bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong, majlis diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Masjid UBD, Awang Mohamad bin Haji Bagol.

Sementara itu, bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait, majlis diadakan di Masjid Zainab, Lumut dan dihadiri oleh Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw, selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan.

Seramai 488 orang pelajar yang mengikuti projek kelas tuisyen PIP di lapan buah pusat di seluruh negara akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini.

ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin berjemaah di Masjid UBD manakala Dato Seri Paduka Haji Matsatejo menghadiri majlis sama di Masjid Zainab, Kuala Belait.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -