Solbakken ketepikan hubungan kawan menentang Solskjaer

COLOGNE, 10 OGOS – Stale Solbakken akan mengetepikan persahabatannya dengan bekas rakan sepasukan antarabangsa Norway, Ole Gunnar Solskjaer, apabila FC Copenhagen akan bertemu Manchester United di perlawanan suku akhir Liga Europa, hari ini.

Solbakken, 52, lima tahun lebih tua dari Solskjaer tetapi mereka berada dalam pasukan kebangsaan yang sama yang pernah menduduki tempat kedua pada 1990an.

Solbakken turut akan mengalu-alukan Solskjaer ke FC Copengahen di mana dia mengendalikan tahun pertamanya pada 2011 dan bekas penyerang itu belajar menjadi jurulatih.

Walau bagaimanapun, Solbakken – yang berjaya mencatat 58 penampilan – berkata tidak ada yang menghalang perancangannya untuk mendapat kemenangan kedua dalam pertandingan Eropah ke atas United.

Solbakken yang memacu Copenhagen dalam kemenangan 1-0 ke atas United – Solskjear merupakan seorang pemain ketika itu – dalam 2006 Liga Juara-Kuara pusingan kumpulan. – AFP