Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solomon batalkan perintah berkurung

    HONIARA, 10 DIS – Pulau Solomon membatalkan serta merta perintah berkurung dua minggu di ibu negaranya, Honiara hari ini, ketika ketegangan politik semakin reda di negara Pasifik itu.

    Pesuruhjaya Polis Diraja Pulau Solomon, Mostyn Mangau mengumumkan pembatalan sekatan, yang termasuklah larangan kapal memasuki pelabuhan Honiara dari pulau-pulau berhampiran.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tinggal dalam Zon Kecemasan atas kerjasama mereka semasa tempoh perintah berkurung dan kerja keras pegawai saya,” katanya.

    Perintah berkurung berkuat kuasa pada 26 November ketika polis bergelut mengawal rusuhan membawa maut tiga hari. Penunjuk perasaan antikerajaan lewat bulan lalu melakukan penjarahan berleluasa yang turut menyaksikan tiga orang mati.

    Bank pusat negara itu meletakkan kos kerosakan akibat rusuhan pada jumlah AS$67 juta, menekankan 63 buah bangunan di ibu negara dibakar dan dijarah. – AFP

    Penduduk berjalan dalam hujan di Honiara dalam gambar fail 6 Disember. Pesuruhjaya Polis negara kepulauan Pasifik itu mengumumkan perintah berkurung dibatalkan serta-merta. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda