Solskjaer kekalkan kakitangan kejurulatihan

LONDON, 15 Mei – Ole Gunnar Solskjaer tidak akan merombak kakitangan kejurulatihannya di Manchester United bagi musim depan meskipun kemerosotan membimbangkan pasukannya di akhir musim.

United hanya menang dua kali dalam 12 perlawanan terakhir musim ini, terlepas kelayakan Liga Juara-Juara dan menamatkan 32 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, juara Manchester City.

Nadir itu hadir pada kekalahan 2-0 di tempat sendiri kepada Cardiff pada hari terakhir musim, menyebabkan masa depan sebahagian besar skuad United dipersoalkan menjelang musim panas ini.

Solskjaer hanya disahkan menjadi pengurus baharu United secara kekal lebih enam minggu yang lalu, tetapi keputusan itu juga menimbulkan persoalan memandangkan kekurangan pengalaman kejurulatihan Solskjaer di liga teratas.

Bagaimanapun, Solskjaer tidak akan merombak kakitangan kejurulatihannya dengan Michael Carrick, Kieran McKenna dan Mark Dempsey akan dikekalkan bersama penolong pengurus, Mike Phelan.

“Mereka semua akan kekal,” kata Solskjaer pada aplikasi rasmi United.

“Saya fikir itu penting, bahawa kami mengekalkan pasukan untuk maju.”

Rombakan skuad United sudah bermula dengan bekas kapten Antonio Valencia dan Ander Herrera meninggalkan kelab selepas kontrak mereka mansuh.

Herrera dijangka menyertai juara Perancis, PSG, tetapi dia percaya kualiti Solskjaer telah menjadikannya orang yang tepat untuk menterbalikkan nasib United. – AFP

Solskjaer (kiri) dan kakitangan kejurulatihannya menunjukkan rasa kecewa semasa Man United menentang Cardiff di Old Trafford baru-baru ini. – AP